Wednesday, 22 October 2014

Kesan-kesan ESP Shaklee

Assalamualaikum & selamat sejahtera semuaa!!

Happy deepavali kepada yang menyambutnya & kepada yang lain selamat beristirehat & enjoy your holiday k..

Dah hampir 10 bulan saya ambil ESP Shaklee..bermula Disember 2013. Setakat ni ni dah empat canister saya ambil..alhamdulillah banyak kesan yang saya alami. Antaranya:-

1. Kulit muka makin cerah, lembut, gebu, tona muka macam dah makin sekata. Kalau tak dulu bila tgk cermin or gambar..rasa ade tak kena je dengan muka ni..nampak kusam..muka orang lain cerah berseri-seri je..malu saya..sekarang ni seronok sentuh kulit muka sendiri..lembut je..bila bangun pagi kulit muka pun dah tak berminyak macam dulu..

2. Parut jerawat makin pudar. Jerawat saya ni timbul pada waktu-waktu tertentu je..selalunya naik sebiji..sebiji..pastu amik masa yang agak lama untuk kecut. Saya ni pula jenis bukan penyabar orangnya..suka picit jerawat sebab geram..huhu..bila dah berparut mula la gelisah..tapi sekarang ni alhmdulillah..jerawat pun dh mula kurang..kalau ade timbul pun..cepat je dia kecut..parut-parut tu still ade tapi makin pudar..ambil masa sikit sebabnya saya ni kurang minum air..sebab tu la ESP Shaklee ni lambat sikit nak memberi kesan..air yang cukup sangat penting untuk keberkesanan pengambilan suplemen.

3. Migrain dah kurang menyerang..eh bukan..macam dah tak de la. Dulu kalau stress cepat je migrain tu nak datang..sakitnya hanya Allah yang tahu..saya pula memang jenis tak suka ambil panadol..hanya sapu minyak cap kapak & then tidur..itu pun bila bangun esok paginya masih ade sisa-sisa kesakitan tu..bila baca balik pasal khasiat ESP Shaklee ni baru tau..kandungan kalsium, vitamin B6, Riboflavin & Niacin dalam ESP Shaklee tu membantu masalah migrain.

4. Gastrik pun dah tak de. Dulu saya ni jarang bersarapan(tak sempat & malas pun ade sebenarnya...hehe)..pastu makan pun tak menentu..sekarang ni saya xperlu risau lagi kalau tak sempat makan..setiap pagi saya mesti minum ESP Shaklee dulu before pergi kerja..kalau tak sempat lunch pun..saya still rasa kenyang sebab dah ambil ESP Shaklee waktu pagi..

Setakat ni itulah antara kesan-kesan yang saya alami selepas mengambil ESP Shaklee..masa yang di ambil untuk mendapat kesan-kesan tersebut berbeza kepada setiap individu. Ada yang cepat..ada yang lambat..bergantung kepada pengambilan yang berdisiplin & berterusan & air yang mencukupi.

Okay..promosi ESP Shaklee akan berakhir pada 31 Oktober 2014..masih ade 9 hari lagi untuk dapatkannya dengan harga promosi.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan ESP Shaklee atau keterangan lanjut mengenai ESP Shaklee melalui:-

Call/SMS/Whatsapp: 019-369 4636
FB : Nurulhusna Binti Zainal Abidin
FB page: Zon Vitamin Una
Email: nhusnazainal@gmail.com

Atau boleh gunakan ID saya [1075363] untuk dapatkan sendiri ESP Shaklee di cawangan Shaklee berhampiran anda.

4 canister ESP Shaklee yang saya telah ambil sepanjang 10 bulan



Wednesday, 15 October 2014

Mulakan hari dengan ESP Shaklee

Assalamualaikum & selamat pagi semua,

Pagi ni sarapan ape? Saya macam biasa pagi-pagi mesti ambil ESP Shaklee dulu..kemudian barulah saya bersarapan sama ada dengan biskut oat, telur separuh masak, roti telur & lain-lain. Memang kenyang sampai tengah hari. Bila perut dh kenyang barulah bersemangat nak buat keje. 

Dulu..saya ni memang susah nak bersarapan..asyik gastrik je..sampai mak & ayah pun xlarat nak marah..huhu.  Tahun ni dah mula rajin bersarapan sebabnya dah tau kepentingan bersarapan & akibat meninggalkan sarapan..nasib baik tak rosak perut saya ni..huhu..lagi satu dah sedar diri ni dah tua..kena la jaga kesihatan badan..

Nak tau ape akan jadi pada badan kita kalau kita tak ambil sarapan?
  • Melambatkan kadar metabolisme tubuh badan yang boleh menyebabkan badan cepat letih & tak bertenaga.
  • Menjejaskan hormon yang menyebabkan kita mudah tertekan & emosi kurang stabil.
  • Sarapan bertujuan untuk memulihkan sistem badan kita sebelum memulakan hari kita. Apabila tidak bersarapan, tubuh badan kita akan menganggap kita dalam kelaparan & seterusnya menyebabkan badan kita mula untuk menyimpan lemak.
  • Menjejaskan mood yang menyebabkan ketidakstabilan hormon & keletihan.
  • Mendorong pengambilan makan yang berlebihan sama ada pada waktu tengah hari atau malam
  • Pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari atau malam menyebabkan badan menjadi lesu & berupaya untuk melakukan apa-apa jenis aktiviti fizikal yang boleh menyumbang kepada penambahan berat badan.
Nampak tak kepentingan sarapan di sini? Kalau rasa susah & tak sempat nak sediakan sarapan..amalkan pengambilan ESP Shaklee..senang, cepat, mengenyangkan & banyak khasiatnya. Bancuh 1-3 sudu ESP dengan satu gelas air kosong atau mana-mana minuman yang digemari (asalkan bukan air berkarbonat or mengandungi kafein ye)..goncangkan dalam shaker..dah siap untuk diminum.

Berminat untuk dapatkan ESP Shaklee? Boleh hubungi saya melalui:

WhatsApp : 019-369 4636
FB : Nurulhusna Binti Zainal Abidin
FB Fanpage: Zon Vitamin Una
Email: nhusnazainal@gmail.com

Atau kalau nak dapatkan sendiri di mana-mana cawangan Shaklee, boleh gunakan ID saya: 1075363.

Mulakan hari anda dengan ESP Shaklee untuk kekal bertenaga sepanjang hari!!


Monday, 13 October 2014

Masker ESP

Assalamualaikum & selamat malam semua,

Haiii..segarnya rasa kulit muka ni..boleh tidur lena ni..silap-silap tidur sambil tersenyum...haha..

Malam ni saya agak rajin untuk memanjakan muka saya ni..ni haaa dia bahan-bahan yang saya lumurkan kt muka untuk dijadikan masker.


Resepi dia senang je:-

1. Satu sudu kecil ESP (saya guna sudu yogurt tu je)
2. Satu sudu kecil yogurt (ikut kesesuaian masing-masing)
3. Vitamin E (xletak pn xpe, tp kalau letak hasil dia memang best)

Cara-caranya:-

Campurkan ESP & yogurt ke dalam mangkuk kecil kemudian cucuk Vitamin E & picit ke dalam campuran ESP & yogurt td. Kemudian kacau hingga sebati (part mengacau tu yang best..mcm buat adunan kek plak =p ). Pastu apalagi lumurkan adunan td ke muka..sejuk je rasa.

Biarkan dalam 15-20 minit atau kalau dh rasa kering boleh la bilas.

Senang kan..tak payah susah-susah nak beli masker..ESP ni 2 in 1..boleh minum & juga boleh buat masker..hasilnya memang kulit muka rasa lembut, anjal & lembap je. Ini baru satu malam pakai..bayangkan kalau setiap malam? Pasni nak cuba setiap malam la..nanti saya kongsikan ape hasilnya..=)

Sampai sini dulu cerita saya hari ini..nanti sambung lagi ye..selamat malam..sweet dream..assalamualaikum..

Ehh..lupa plak....kalau berminat nak dapatkan ESP (promosi hingga hujung bulan oktober 2014) boleh hubungi saya melalui:

WhatsApp : 019-369 4636
FB : Nurulhusna Binti Zainal Abidin
FB page: Zon Vitamin Una
Email: nhusnazainal@gmail.com