Hari ni saya nak bawa anda semua berkenalan dengan produk kesihatan Shaklee. Tak kenal maka tak cinta...
Macam saya..dah lama dengar pasal Shaklee ni, sejak zaman belajar lagi (tak ingat sama ada zaman sekolah menengah atau universiti). Tapi bila fikir-fikir balik..dah lama rupanya Shaklee ni wujud..cumanya tak berapa nak ambil tahu. Tapi sekarang bila dah tau ape itu Shaklee...rasa macam menyesal pulak tak amik tau dari dulu lagi..
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik untuk sesiapa sahaja. Justeru, selama 50 tahun Shaklee telah pun berusaha untuk menghasilkan produk terbaik berasaskan bahan semulajadi yang selamat dan terbukti berkesan bagi meningkatkan taraf hidup kita.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara:-
Sentiasa Selamat
Keselamatan amat penting di Shaklee dan standard Shaklee tiada bandingannya. Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Lebih daripada 350 ujian dijalankan pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan lebih daripada 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan ketulenan dan perlindungan bagi sesuatu produk.
Secara keseluruhannya produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat, (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak, dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah, pembungkusan produk Shaklee adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan setiap produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan.
Sentisasa Berkesan
Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.
Bukti yang jelas boleh dilihat daripada atlet yang mengambil suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa.
Sentiasa Mesra Alam
Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.

